Wednesday, July 1, 2009

Influenza A (H1N1)

S: Apakah Influenza A (H1N1)?
J: Influenza A (H1N1) adalah penyakit respiratori akut disebabkan oleh virus influenza A "sub-type" H1N1
Virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung dgn manusia atau babi yg tlh dijangkiti oleh Virus Influenza A (H1N1).

S: Apakah tanda dan gejala Influemza A (H1N1) pd manusia?
J: Tanda dan gejala Influenza A (H1N1) pd manusia adalah:
* Demam
* Batuk
* Sakit tekak
* Susah bernafas
* Sakit-sakit badan
* sakit kepala
* Badan berasa sejuk dan lesu
* Kurang selesra mkn
Terdapat juga sesetengah kes yg mengalami cirit birit dan muntah2.

S: Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A (H1N1)?
J: Tiada. Vaksin Influenza bermusim yg dihasilkan mengikut cadangan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza
(H1N1).Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh
menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus
Influenza A (H1N1).

S: Apakah rawatan bagi Influenza A (H1N1)?
J: Kebanyakan kes Influenza A (H1N1) yg dilaporkan sebelum ini pulih
sepenuhnya drpd penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

S: Berapakah tempoh masa jangkita Influenza A (H1N1) daripada manusia
kpd manusia yg lain?

J: Mereka yg dijangkiti virus Influenza A (H1N1) boleh menyebarkan
penyakit ini selagi mereka mempunyai gejalapenyakit dan boleh
berlanjutan selama 7 hari drpd tarikh mendapat jangkitan (onset).

Kanak2, terutamanya yg masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit
ini pd tempoh yg lebih panjang.

S: Apakah yg boleh dilakukan utk melindungi diri anda drpd jangkita
Influenza A (H1N1)?
J: Penyebaran virus Influenza A (H1N1) boleh disekat melalui langkah2
berikut:
*Jika anda batuk atau bersin:
- Tutup hidung dan mulut anda dgn tisu atau sapu tgn.
- Buang tisu yg telah digunakan di bakul sampah.
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih.

*Amalkan kebersihan diri. Basuh tgn dgn kerap menggunakan
sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih
tgn berasaskan alkohol sgt berkesan.


*Cuba elakkan berhubung langsung dgn pesakit Influenza A
(H1N1).
*Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) jika ada orang yg disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) ditempat kerja anda.

*Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dgn org lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.

*Elakkan drpd menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

*Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yg dijangkiti Influenza A (H1N1).

Read more...

JUALAN MURAH

bulih badagang sini

RUANGAN UNTUK DI SEWA

siapa mau sewa silakan

BUKA MATA...BUKA MINDA © Layout By Hugo Meira.

TOPO