Monday, June 15, 2009

APA SUDA JADI SAMA YB-YB SEKARANG?

Berdasarkan sejarah perjuangan anak watan kita, kita dapati mereka menentang penjajah dan apa juga bentuk penzaliman, diskriminasi dan ketidakadilan di samping menuntut kemerdekaan. Mereka berjuang bagaikan halilintar yang membelah bumi, " Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata ". Segenap pelusuk rantau berkumandang suara semangat patriotisma. Jati Diri amat menebal sekali. Mereka yang terpilih sebagai pemimpin, benar-benar memperjuangkan hasrat dan aspirasi rakyat.

Berbeza dengan pemimpin sekarang, jauh panggang dari api. Perjuangan nusa dan bangsa sudah luput, perjuangan untuk rakyat sudah tidak ada lagi. Perjuangan pemimpin-pemimpin khususnya YB-YB sekarang hanya PERJUANGAN UNTUK PERUT SENDIRI. Kini mereka pula mencipta satu bentuk penindasan secara langsung menjadi penjajah kepada rakyat. Apa tidaknya, projek yang tidak menguntungkan rakyat malah tidak diperlukan terpacak di depan mata. Ekonomi tidak diurus dengan betul. Harga meningkat secara mendadak. Siapa Pengurus Kewangan Negara. Siapa Yang Meluluskan Projek Mega. Siapa Yang Mengalibabakan Projek. Siapa Yang Bercakap di Parlimen. Siapa Penggubal Undang-Undang. Di mana pemimpin bila rakyat menderita. Di manakah mereka ini.

APA SUDAH JADI DENGAN YB SEkARANG. DI MANA SEMANGAT JUANGMU

Kini setelah berdekad kita melalui proses pemilihan dalam Pilihanraya, kita sentiasa disogok dengan kata-kata semangat, kata-kata yang membakar, kata-kata yang menjurus kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Bukan hanya kita disogok dengankata-kata tetapi kita juga diminta membaca manifesto mereka. Suatu dokumen yang mereka cipta untuk mengumpan minda rakyat.

Bila rakyat bersuara dan memberi sokongan kepada mereka dan akhirnya mengangkat mereka menjadi YB/wakil rakyat Yang bergelar Yang Berhormat, sepatutnya mereka sedar tanggungjawab mereka adalah besar. Mereka memegang amanah rakyat. Mereka memegang sumpah mereka bila dokumen manifesto diserahkan kepada rakyat. Bila sudah bergelar YB, kepentingan rakyat perlu dipertahankan. Kesusahan rakyat harus menjadi kesusahan mereka.

Rakyat memegang suara sepatutnya rakyat tidak dibebani dengan menanggung apa juga beban. Jika dinilai dari segi moral, adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk mengurus dana negara dengan berkesan. Pemerintah harus sentiasa sedar tentang perbelanjaan yang membazir dan boros. Pemerintah harus sedar projek mana yang diperlukan. Pemerintah harus sedar, dana yang tidak diurus dengan baik akan memberi kesan kepada rakyat pada keseluruhannya. Pemerintah patut sedar, dengan keadaan jalanraya yang tidakterurus akanmenyukarkan rakyat dari segi pengangkutan yang akhirnya menyebabkan pertambahan kos. Pemerintah tidak wajar membebankan rakyat dengan kenaikan yang mendadak kerana dana yang tidak diurus dengan sempurna. Dari segi moral, kerajaan yang cuba membebankan rakyat tidak patut dipertahankan.

KINI TIADA LAGI WIRA/PEJUANG TULIN DI KALANGAN YB.

Dari Zaman USNO, BERJAYA, PBS, KINI UMNO dan BN. Semua pemimpinnya rata-rata pernah menganggotai parti terdahulu. Contohnya Datuk Pairin yang pernah menjadi ahli Parti Berjaya begitu pemimpin UMNO sekarang adalah dari USNO juga. Mereka melihat bagaimana ketua mereka bekerja dan mengaut keuntungan untuk masuk kocek sendiri.

Inilah perjuangan YB-YB kita yang mewarisi satu bentuk politik hanya untuk perut sendiri. Why bother to the people of Sabah as long as my perut sentiasa buncit and my pocket is full of RM. Inilah susahnya bila YB kita tidak mahu duduk semeja dan menolak yang batil serta membuat sesuatu yang baik untuk rakyat. Sabah adalah tergolong dalam kategori termiskin di Malaysia., WHY, kenapa terjadi begini. Dulu kita kaya dengan hasil bumi, tapi kini kita merempat, jatuh miskin. KENAPA BAH, ini terjadi.

Apa macam Sabah tidak miskin? ekonomi orang luar kontrol. Duit dibawa keluar oleh PTI,orang asing hantar duit balik negara durang. hasil kelapa sawit orang luar punya, tanah makin lama makin jatuh ke tangan orang luar. Wakil wakil pilihan tempatan cari untung sendiri dulu. Sumber hutan,laut semua dihabiskan oleh orang luar. Lagi ramai orang luar masuk jadi bumiputra kilat, lebih cepat sumber alam habis dan rosak.
lagi teruk nanti bila sumber telaga minyak Sabah sudah kering.
Bagi orang luar bila habis minyak Sabah, kalau boleh mau tanam kelapa sawit seluruh Sabah. Untung boleh bawa pulang negeri mereka.
Lepas itu baru rakyat Sabah baru bangun dari tidur bila sudah terlampau teruk, tapi sudah terlambat. Ayam menang dan menang bersorak tetapi kampung tergadai. Sokong punya sokong, rupanya sokongan membawa rebah.Lain orang yang datang merdeka di Sabah.

Pemimpin-pemimpin kita sebenarnya tidak belajar dari sejarah dan tidak mahu mengambil iktibar dari perjuangan Mat Salleh. Malah tidak mahu merasakan betapa rakyat Sabah yang hidup sengsara semasa Jepun berada di Sabah. Hidup dengan hanya berbekalkan ubi kayu sedang padi yang baru dituai menjadi kubur dan lumuran darah. Pemimpin kita tidak sedar betapa anak muda yang bangun menentang Jepun dituang dengan air sabun sehingga buncit perut.

Lihatlah apa yang berlaku di sekeliling kita. Sandakan yang pernah menjadi Ibu Negeri terkenal dengan gelaran Little Hongkong, pedagang datang hanya kerana Kayu BALAK. Bila kayu sudah habis, Sandkan menjadi bandar hantu sehinggalah bandar di batu 4 dibangunkan. Itupun penuh dengan karaoke dan kelab malam. Ke mana perginya saudagar balak tadi. Mereka berhijrah dan lari dari negeri ini. Harta mereka yang berbillion ringgit diangkut ke luar negeri.

Mari pula kita lihat ke daerah Ranau. Orang Jepun datang untuk menggali tembaga, kita ditipu kerana hasilnya entah berapa peratus tembaga, emas, perak dan sebagainya. Kita kehilangan royalti yang banyak. Apa sudah jadi sekarang, Ranau bagaikan tidak bermaya. Hanya kerana gunung Kinabalu dan Air Panas, luka yang parah tertutup. Jepun meninggalkan kesan alam sekitar yang teruk, sungainya sudah tidak selamat untuk diminum. Dam di Lohan tidak diurus, malah bekas lombong terbiar begitu sahaja.

Nabawan juga begitu. Dulu kaya dengan kayu balak, namun daerahnya tidak terurus dengan baik. Sepatutnya daerah-daerah yang kaya dengan hasil bumi ini sudah lama berkembang maju. Begitu juga Beaufort, banjirnya tidak terurus. Walaupun ianya kuasa Tuhan tetapi sekurang-kurangnya usaha sentiasa dilakukan.

Kota Kinabalu juga tidak terurus dari segi lanskap pembangunannya. Rojak. Ada bangunan yang terlalu hampir dengan jalan raya. Malah bangunannya teruk tidak dicat. Sembulan juga begitu, di depan kita, bukan sahaja petempatan yang kucar-kacir tetapi sampah bertimbun bila air surut.

Jalanraya juga tidak diusahakan. Anak-anak ke sekolah dengan lumuran lumpur. Para petani membayar kos tambang yang tinggi kerana khidmat pengangkutan yang terpaksa melalui jalan yang * bukan jalan *.

YB-YB kita harus sedar situasi ini, Ketua Menteri harus melihat nun jauh ke lubuk hati setiap penduduk. Renunglah peta Sabah. Lihatlah apa yang telah berlaku dan bagaimana untuk mengubahnya. Pembangunan RMK 9 banyak dirancang, tetapi sejauhmana perlaksanaannya. JUmlah billion ringgit dicanang tetapi ke mana perginya.

Isu PTI juga menghambat rakyat Sabah. YB-YB bertepuk sorak dan memuji-muji bila ada laungan tentang usaha menghapuskan PTI ini, namun sehingga KINI di mana usahanya. Belumpun ada tanda-tanda untuk memulakan usaha membanteras PTI ini. Sorak saja kuat tapi NO ACTION.

Kini isu minyak melanda. harga barang melambung tinggi. Apa usaha kerajaan negeri untuk membantu rakyat. Jika kerana pengangkutan menyebabkan harga mahal, kenapa tidak gunakan kapal milik Yayasan Sabah. Itupun kalau masih ada. Sabah dulunya KAYA-KAYA-KAYA-KAYA, tetapi kerana pemimpin yang boros dan tidak tahu mengurus dana. Pemerintahan sering tidak sehaluan akhirnya Sabah MISKIN-MISKIN-MISKIN. Jika YB mengambil iktibar dari sejarah ini, kita tidak akan kedengaran berlakunya ketirisan dalam hal pembangunan. YAB dan YB-YB semua pamerkan kedewasaanmu.

Kawasan Kota Marudu aku inda mau komen....

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

JUALAN MURAH

bulih badagang sini

RUANGAN UNTUK DI SEWA

siapa mau sewa silakan

BUKA MATA...BUKA MINDA © Layout By Hugo Meira.

TOPO