Friday, June 5, 2009

HALATUJU POLITIK KITA

Banyak sebab kenapa kita perlu memilih untuk bertindak cepat atau cekap dalam semua keadaan. Kita tidak tahu mungkin suatu hari nanti kita akan berada di tempat yang berkedudukan tinggi tapi pada masa yang sama kena mendengar teguran urang lain dan menganalisa apa benda yang mereka cakapkan. Cerita tentang babi dibawah ini mungkin boleh menjelaskan perkara tersebut....enjoy membaca....

"Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. Hari dah nak masuk maghrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan pun indada pula.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Sudalah inda pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pula tu.. macam pelesit. Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit ” Hoi.. Babiiiiiiiii……. Slow sikit…..”

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. “Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!”..” Bagerooo…” sedap sija cakap babi….”

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat…. Perempuan tadi berlari ke arah bunyi dentuman tersebut.. Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah diberitahu oleh perempuan tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah… tapi nak bagi tau ja…. yang ada babi tergolek kat depan…. hehehehehehe"

Satu contoh budaya berpoltik kita yang tidak mendengar nasihat urang walaupun panggilan itu bertujuan untuk mengingatkan kita untuk berhati-hati sebelum meneruskan langkah dalam perjuangan politik. Harap-harap lah suatu hari nanti kita lebih banyak mendengar daripada bercakap sesuatu yang menghentam kepala kita balik. Hidup Sabahan.

Ini sebenarnya melibatkan presepsi kepada percakapan dan antonasi. Cara penggunaan ayat pun boleh menimbulkan provokasi walaupun bukan nawaitu yang buruk. Seperti juga dalam retorik politik. Setiap statement politik selalu menjadi polemik.

Kita tidak mempunyai halatuju politik. Sebab baru mo kasi hala sudah kana sekat. Mati dipersimpangan dan tidak boleh bernafas selagi tidak diberikan bantuan alat2 pernafasan. Tidak percaya bahawa kita boleh hidup sendiri melainkan diperintah oleh orang lain. Ditunjuk ajar oleh orang lain bagaikan anak yg tidak tahu apa2 bertindak. Negeri kita masih dibelenggu kegelapan. Tidak ada satu pun parti politik yg tampil untuk berdiri sendiri. Berani? Saya fikir tiadak ada yg berani. Maaf jika saya katakan bahwa pemimpin2 kita jauh lebih mengutamakan kehidupan mereka... rakyat masih diburui dengan keadaan lama....

Moral cerita diatas : Kalau orang bercakap tentang sesuatu yang mungkin boleh mengundang reaksi negatif kita, tetapi kita tidak berapa pasti apa maksudnya. Lebih baiklah kita bertenang dulu, bersabar dan seterusnya bertanya tentang apakah mesej yang ingin disampaikan. Dengan cara ini, kita akan lebih memahami diri kita dan diri orang lain dengan lebih baik, maka kuranglah akan berlaku pertengkaran, perselisihan atau kesalahfahaman yang akhirnya menyebabkan kita semua yang menanggung kerugian.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

JUALAN MURAH

bulih badagang sini

RUANGAN UNTUK DI SEWA

siapa mau sewa silakan

BUKA MATA...BUKA MINDA © Layout By Hugo Meira.

TOPO